Anwar mengadap Tuanku Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah Aminah di Istana Melawati, Putrajaya hari ini. FOTO Instagram Anwar Ibrahim
Anwar mengadap Tuanku Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah Aminah di Istana Melawati, Putrajaya hari ini. FOTO Instagram Anwar Ibrahim
Mohamad Hussin


PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Melawati, Putrajaya hari ini.

Hantaran di laman sosial Instagram milik Anwar menerima 3,957 tanda suka.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut memuat naik dua keping gambar beliau bersama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta gambar beliau mengadakan pertemuan.

“Menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas perkenan menerima mengadap patik di Istana Melawati,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Oktober 2019 @ 12:27 AM