Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Datuk Sri Alexander Nanta Linggi dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) melambai tangan kepada sekumpulan media yang menunggu di luar Istana Negara sebaik selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Empat kenderaan hitam dan satu kenderaan berwarna kelabu dari GPS beredar dari Istana Negara jam 12 tengah hari ini.

Pemimpin GPS mengadap Yang di-Pertuan Agong kira-kira sejam selepas dititah mengadap hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk mengadap baginda di Istana Negara, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, sesi mengadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada 10.30 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2022 @ 12:15 PM
ROMBONGAN dari Gerakan Parti Sarawak (GPS) beredar selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. FOTO AIZUDDIN SAAD
ROMBONGAN dari Gerakan Parti Sarawak (GPS) beredar selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. FOTO AIZUDDIN SAAD