Keadaan jerebu di Johan Setia, Klang semalam. Foto Roslin Mat Tahir
Keadaan jerebu di Johan Setia, Klang semalam. Foto Roslin Mat Tahir
BERNAMA

DUA kawasan di Sarawak iaitu Kuching dan Samarahan mencatatkan penurunan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) masing-masing kepada 91 dan 95 yang dikategorikan sebagai sederhana sehingga 11 malam tadi.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Kuching dan Samarahan sebelum ini mencatat bacaan tidak sihat pada 7 malam dengan IPU 103 dan 111.

Sementara itu, Johan Setia di Klang masih menunjukkan peningkatan bacaan IPU sangat tidak sihat kepada 223 setakat malam tadi berbanding 221 pada sejam sebelumnya.

Beberapa kawasan yang masih mengekalkan bacaan IPU tidak sihat adalah Tasek, Ipoh (177), Shah Alam (167), Putrajaya (166), Kuala Selangor (178) dan Nilai (174).

Sri Aman di Sarawak turut menunjukkan peningkatan bacaan IPU kepada 162 berbanding 152 pada 10 malam tadi, manakala Kluang di Johor merupakan kawasan baru yang mencatat peningkatan pada malam tadi dengan bacaan 106 berbanding IPU 98 pada 7 malam.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

  • Lagi berita berkaitan Ancaman Jerebu
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 12:35 AM