GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Roji Kawi


Kuching: Dua kawasan di Sarawak berhadapan kualiti udara tidak sihat apabila mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 101 sejak 12 tengah hari tadi.

Bacaan di Stesen IPD Serian (MCAQM) meningkat setiap jam hingga mencapai 106 pada 5 petang, manakala Stesen Sri Aman yang merekod IPU 136 berbanding IPU 108 pada 10 malam semalam.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), 10 lagi stesen di Sarawak berada pada tahap hijau iaitu IPU sederhana.

Sehingga 5 petang, Stesen Samarahan mencatat bacaan 89, Kuching (84), Sarikei (79), Kapit (82), Bintulu (78), Mukah (77), Sibu (75), Limbang (72), Samalaju (71), Miri (71) dan ILP Miri (68).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Oktober 2023 @ 6:25 PM