Mahaizura Abd Malik


BACAAN indeks pencemaran udara (IPU) Sri Aman dan Johan Setia Klang kembali melonjak kepada tahap sangat tidak sihat sehingga 3 petang hari ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) dua kawasan itu masing-masing mencatatkan bacaan IPU 203 dan 207.

Malah, kualiti udara tidak sihat turut mencatatkan peningkatan kepada 43 berbanding 38 lokasi yang direkodkan pagi tadi.

Kawasan itu adalah Langkawi dengan bacaan IPU 107, Alor Setar (103), Sungai Petani (119), Kulim Hi-Tech (122), Seberang Jaya (118), Seberang Perai (111), Minden (158), Balik Pulau (168), Taiping (126), Tasek Ipoh (185), Pegoh Ipoh (157), Seri Manjung (146) dan Tanjung Malim (116).

Turut terjejas di Batu Muda (148), Cheras (136), Putrajaya (139), Kuala Selangor (162), Petaling Jaya (138), Shah Alam (143), Klang (138) serta Banting (123).

Selain itu, Nilai merekodkan bacaan IPU 141 diikuti Seremban (130), Port Dickson (121), Alor Gajah (107) dan Bukit Rambai (106).

Di Johor lima kawasan terjejas ialah Segamat (131), Larkin (108), Tangkak (104), Pasir Gudang (112) dan Pengerang (108).

Sementara itu di sebelah pantai timur kawasan terjejas ialah Rompin (118), Temerloh (135), Jerantut (141), Indera Mahkota Kuantan (153), Balok Baru Kuantan (140), Kemaman (150), Paka (130) dan Kuala Terengganu (145).

Di Sarawak pula empat kawasan berada paras tidak sihat ialah Miri (103), Sarikei (101), Samarahan (129) dan Kuching (118).

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 pula tahap berbahaya.

  • Lagi berita berkaitan Ancaman Jerebu
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 September 2019 @ 3:25 PM
    PEMANDANGAN berjerebu di Kuching dengan bacaan IPU pada 137 pada 9.30 pagi tadi. FOTO L Manimaran
    PEMANDANGAN berjerebu di Kuching dengan bacaan IPU pada 137 pada 9.30 pagi tadi. FOTO L Manimaran