JENAZAH Mejar Mohd Zahir ketika dibawa keluar dari Masjid Al Fatih. -Foto NSTP
JENAZAH Mejar Mohd Zahir ketika dibawa keluar dari Masjid Al Fatih. -Foto NSTP
Khairul Najib Asarulah Khan

JENAZAH Mejar Mohd Zahir Armaya dibawa keluar dari Masjid Al Fatih, Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur, 2.23 pagi, hari ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disolatkan Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan (TKPP) Brigadier Jeneral Datuk Mustafa Abdul Manap.

Hampir 2,000 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan rapat dan anggota tentera hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Hadir sama, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Jenazah dibawa ke Ipoh dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tambun, Ipoh, Perak selepas Subuh hari ini.

Turut mengiringi van jenazah sembilan pegawai dari 21 Regimen Gerak Khas (RGK).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 September 2019 @ 6:37 AM