ARWAH Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi (gambar fail) FOTO Arkib NSTP
ARWAH Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi (gambar fail) FOTO Arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid meninggal dunia pada 10.20 malam tadi.

Berita kematian tokoh akademik dan pendakwah berusia 78 tahun itu dimaklumkan oleh MDN menerusi laman sosial Facebook rasminya.

"Dukacita dimaklumkan bahawa Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

"Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman," katanya.

Beberapa pengikut dan pengguna media sosial turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Allahyarham pernah menjadi Felo Penyelidik Bersekutu Universiti Malaya (UM) dan dianugerahkan Profesor Emeritus pada 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Jun 2023 @ 12:09 AM