Datuk Azman Hasan, 72, (baju biru) bersama calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan. FOTO NSTP
Datuk Azman Hasan, 72, (baju biru) bersama calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan. FOTO NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid


WALAUPUN berkerusi roda, abang kepada calon Barisan Nasional (BN) tetap menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, hari ini.

Datuk Azman Hasan, 72, berkata, beliau bersemangat untuk keluar mengundi bagi menjalankan hak sebagai rakyat Malaysia menerusi proses demokrasi ini.

Azman adalah abang sulung kepada Datuk Seri Mohamad Hasan hadir pada 8 pagi ini dengan dibantu pembantunya.

Menurutnya, pengundi tidak boleh menjadikan kekangan kesihatan sebagai alasan untuk tidak mengundi.

“Saya tetap datang mengundi walaupun berkerusi roda kerana mahu tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Saya juga yakin beliau (Mohamad Hasan) boleh kekalkan kerusi DUN Rantau,” katanya ketika ditemui.

Dua beradik itu kebetulan bertemu dan berpelukan di luar SJK (C) Chung Hua sebaik Mohamad yang mesra disapa Tok Mat tiba untuk mengundi pada 8.26 pagi.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Rantau
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2019 @ 9:39 AM