CALON Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra dengan pengundi Nur Izzati Abdul Gani, 30,  yang baru habis pantang bersama suami Mohd Fadil  ketika meninjau pusat undi  di SJKT Rantau pada Pilihanraya Kecil Dun Rantau. FOTO Saifullizan Tamadi
CALON Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra dengan pengundi Nur Izzati Abdul Gani, 30, yang baru habis pantang bersama suami Mohd Fadil ketika meninjau pusat undi di SJKT Rantau pada Pilihanraya Kecil Dun Rantau. FOTO Saifullizan Tamadi
Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid


“WALAUPUN baru habis pantang selepas melahirkan anak kembar perempuan berusia dua bulan, saya tetap tidak mahu melepaskan peluang mengundi hari ini,” kata Nur Izzati Abdul Ghani, 30.

Wanita itu mencuri tumpuan media apabila hadir berjubah bersama suami sambil mendukung dua anak kembarnya, Nur Farisha Adina Mohd Fadhil dan Nur Falisha Adila untuk mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Rantau, Bandar Ekar, 9.20 pagi, hari ini.

“Saya harap pengorbanan kami empat beranak yang datang ke pusat pengundian hari ini berbaloi untuk mendapat wakil rakyat yang berjiwa rakyat.

“Setiap pengundi harus menunaikan tanggungjawab mereka tanpa alasan demi membina Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Hari ini, seramai 20,793 pengundi biasa layak mengundi di 14 pusat mengundi membabitkan 53 saluran dibuka bermula 8 pagi hingga 5.30 petang.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon Bebas, suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Rantau
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2019 @ 10:43 AM