AHLI Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Shatiri Mansor, (dua dari kanan) bersama Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, (tiga dari kiri) membuat rondaan di Perkarangan KRT Subang Perdana 2, Sungai Buloh, ketika Program Keselamatan Kejiranan & Jom Ronda anjuran JPKRT Zon Subang. FOTO Azhar Ramli

Hafidzul Hilmi Mohd Noor

AKTIVITI Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang dijalankan masyarakat setempat di Sungai Buloh, mampu mengurangkan kadar jenayah.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, indeks jenayah pada tahun 2017 dan 2018 yang lalu menunjukkan penurunan yang ketara.

“Saya percaya penurunan kadar jenayah ini adalah disebabkan pembabitan masyarakat serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewujudkan SRS dan KRT di kawasan masing-masing.

“Usahasama pihak polis bersama SRS dan KRT ini juga dipercayai mampu memupuk semangat muhibbah antara masyarakat dan pasukan keselamatan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Keselamatan Kejiranan dan Jom Ronda 2019 di Subang Perdana 2, Sungai Buloh, malam tadi.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) negeri Fairojibanu Zainal Abidin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Shatiri Mansor.

Sementara itu Fairojibanu berkata, sehingga kini terdapat 139 SRS dan 221 KRT di seluruh negeri yang berdaftar dengan pihaknya.

“Kita kini sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah SRS menyamai jumlah KRT yang sedia ada.

“Kerjasama pintar yang dilakukan ini secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana yang selamat dan memberi keyakinan kepada masyarakat dalam aspek keselamatan di kawasan perumahan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2019 @ 8:58 AM