FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Zatul Iffah Zolkiply


MEKANIK dihukum penjara 14 tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, selepas didapati bersalah atas pertuduhan merogol kekasihnya, tiga tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Shahrul Azam Mohd Supri, 22, dan memerintahkan hukuman berjalan mulai hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun di tepi jalan Gong Badak di Kuala Nerus, antara jam 7.30 pagi hingga 11 pagi pada Ogos 2016.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi, manakala tertuduh diwakili peguam, Che Amir Che Musa.

Dalam kejadian berkenaan, tertuduh merogol mangsa yang ketika itu masih berpakaian seragam sekolah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Februari 2019 @ 5:22 PM