GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin


DUA lelaki tempatan ditahan bersama 4,960 karton rokok seludup dalam serbuan dilakukan di Puchong , Selangor, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani berkata, Operasi Asap (Op Asap) itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam.

“Dalam serbuan dilakukan Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas KDNKA itu, kami menahan lelaki berusia 33 dan 43 tahun itu yang terbabit dengan sindiket pengedaran rokok seludup.

“Kami turut merampas 4,960 karton rokok seludup bersama dua lori dan sebuah kereta yang dianggarkan bernilai RM411,360 selepas cukai ditafsirkan,” katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Acryl berkata, kedua-dua suspek direman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bermula 15 Januari hingga hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 January 2019 @ 9:00 AM