Shalini hilang sejak 28 November tahun lalu. FOTO NSTP.
Shalini hilang sejak 28 November tahun lalu. FOTO NSTP.
Hidayatul Akmal Ahmad


SEORANG ibu merayu anak perempuannya yang ‘ghaib’ dari rumah sejak 28 November tahun lalu kembali ke pangkuan keluarga kerana terlalu merinduinya.

Sivagamy Supramany, 37, berkata, sejak Shalini Ganesan,15 tidak pulang ke rumah, dia tidak lena tidur berikutan bimbang keselamatan anak perempuannya itu.

Katanya, kehilangan anak keempat dari lima beradik itu yang dipercayai berada di Johor Baharu mengundang keresahan keluarga kerana anaknya tidak pernah berbuat demikian.

“Saya amat merinduinya dan berharap dia berada dalam keadaan selamat. Jika ada salah faham, perlu diselesaikan secara baik dan bawa berbincang.

“Kali terakhir saya berjumpa Shalini pada hari kejadian sebelum dia menghilangkan diri dipercayai mengikut kawan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Menurut Sivagamy, bimbang kejadian tidak diingini, dia membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil semalam dan setakat ini tiada sebarang maklumat berhubung status Shalini.

Sehubungan itu, dia merayu orang ramai yang melihat anak perempuannya supaya menghubungi di talian 011-51874150.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 7:00 PM