PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika hadir pada Program Back to School eKasih Parlimen Langkawi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang. FOTO Sharul Hafiz Zam
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika hadir pada Program Back to School eKasih Parlimen Langkawi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang. FOTO Sharul Hafiz Zam
Hamzah Osman


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedawang, di Langkawi, hari ini.

Dr Mahathir yang diiringi isteri, Tun Dr Hasmah Mohd Ali disambut Guru Besar SK Kedawang, Amirudin Mat, meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi beramah mesra dan bertemu murid Tahun Satu sekolah berkenaan.

Seramai 110 murid memasuki Tahun Satu di sekolah itu.

Sementara itu, murid Tahun Satu, Nur Farisha Humaira Ahmad Fadzil berkata, dia teruja dapat bersalam dan berbual bersama Perdana Menteri hari ini.

"Seronok kerana Tun (Dr Mahathir) masuk kelas dan bersalam dengan saya dan rakan lain dalam kelas.

"Tun (Dr Mahathir) tanya seronok ke masuk sekolah, bagaimana rakan baru, nanti besar hendak jadi apa? Tapi saya malu hendak jawab," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 January 2019 @ 12:08 PM