KETUA Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu (kanan) bersama Siti Nurhaliza (dua dari kanan) dan Priscilla Abby (dua dari kiri) ketika majlis pelancaran vivo V17 di Hotel Majestic. FOTO Asyraf Hamzah
KETUA Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu (kanan) bersama Siti Nurhaliza (dua dari kanan) dan Priscilla Abby (dua dari kiri) ketika majlis pelancaran vivo V17 di Hotel Majestic. FOTO Asyraf Hamzah
Sri Ayu Kartika Amri


VIVO Malaysia, memperkenalkan telefon pintar terbaharunya, V17 Pro didatangkan dengan enam kamera depan dan belakang menjadikan imej dihasilkan lebih sempurna pada harga berpatutan hanya RM1,699.

Dengan konsep inovatif 'Shoot Beyond Limits' vivo V17 Pro dilengkapi dua kamera hadapan dengan gabungan lensa 32 megapixel + 8 megapixel yang disokong oleh Selfie Softlight dan Super Night Selfie.

Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu berkata, setakat suku ketiga 2019, vivo Malaysia menguasai 17 peratus pasaran telefon pintar di negara ini.

Katanya, sejak vivo berada di pasaran Malaysia pada 2014, sebanyak 1.7 juta unit telefon pintar terjual berbanding hanya 40,000 unit pada awal kemunculannya.

VIVO V17 Pro terbaharu. FOTO Asyraf Hamzah
VIVO V17 Pro terbaharu. FOTO Asyraf Hamzah

"Setiap tahun vivo Malaysia mencatatkan peningkatan yang luar biasa dengan kadar kenaikan 40 peratus.

"Dengan pengenalan vivo V17 Pro ini, kami komited memberi kelainan kepada pengguna daripada segmen V siri yang menawarkan sistem kamera depan dan belakang berkualiti tinggi," katanya pada majlis pelancaran vivo V17 Pro di Kuala Lumpur, hari ini.

Xu berkata, pihaknya merekodkan empat juta pengguna vivo di Malaysia dan 200 juta pengguna di peringkat global bagi suku ketiga tahun ini.

Istimewanya siri V17 Pro ini, ia juga diiktiraf sebagai telefon pintar pertama di dunia menyokong dwikamera depan jenis ‘pop-up’.

DATUK Seri Siti Nurhaliza (kanan) dan Priscilla Abby semasa pelancaran vivo V17 Pro di Majestic Hotel. FOTO Asyraf Hamzah
DATUK Seri Siti Nurhaliza (kanan) dan Priscilla Abby semasa pelancaran vivo V17 Pro di Majestic Hotel. FOTO Asyraf Hamzah

Selain itu, V17 Pro ini juga direka untuk peminat permainan video kerana mempunyai prestasi perisian terbaik yang dapat memastikan ia sentiasa berfungsi dengan lancar.

vivo V17 Pro yang disokong kapasiti 8GB + 128GB dan ditawarkan dalam dua warna pilihan boleh didapati di pasaran Malaysia bermula 5 Oktober ini dengan tempahan awal mula dibuka hari ini.

Jangan lupa gunakan tanda pagar #vivoV17Pro #ShootBeyondLimits #V17ProGrandLaunch untuk semua gambar atau swafoto anda jika gunakan peranti terbaharu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Oktober 2019 @ 8:17 PM