111 pembeli pertama V11 menerima hadiah misteri dari Vivo
111 pembeli pertama V11 menerima hadiah misteri dari Vivo
Suliati Asri

Kuala Lumpur: Sejak menjengah pasaran 15 September lalu, Vivo V11 yang dijual dengan harga RM1,699 terus menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia.

Ia adalah telefon pintar pertama didatangkan dengan teknologi pengimbasan cap jari dalam paparan dan kamera AI yang memberikan imej sempurna.

Sentiasa mengutamakan kehendak pelanggan, Vivo komited memberi perkhidmatan berkualiti dan pengalaman membeli terbaik.

Pada hari jualan rasminya di outlet Sunway Pyramid baru-baru ini, 111 pembeli pertama V11 menerima Drone selain hadiah misteri.

Selain V11 yang kini laris terjual, model V11i pula mula berada di pasaran sejak 21 September.

Pengguna juga boleh membuat pembelian secara dalam talian di kedai Vivo (https://www.vivostore.com.my/) atau semua pasaran e-dagang.

Vivo V11/V11i adalah telefon pintar terbaru dari Vivo Malaysia dan memberikan sentrik fotografik dengan keupayaan AI.

Didatangkan dengan skrin paparan penuh Halo FullView, dua model itu juga menawarkan dua pilihan warna fusion Starry Night dan Nebula.

Dari segi spesifikasi, Vivo V11 menggunakan panel Super AMOLED, cip Snapdragon 660 AIE, memori 6GB RAM dan storan 128 GB.

Vivo V11i pula dilengkapi dengan cip MediaTek P60, memori 4GB RAM dan storan 128GB. V11 dan V11i dijual pada harga RM1,699 dan RM1,299.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi Kedai Vivo atau laman web rasmi Vivo Malaysia di http://www.vivo.com/my.

Dibawa oleh Vivo

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 September 2018 @ 6:45 AM