NOOR Rashid
NOOR Rashid
HM Digital

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berkaitan bantahan terhadap hasrat kerajaan menandatangani ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak yang membantah ICERD.

“Setakat hari ini, saya difahamkan polis memang tidak menerima sebarang laporan terhadap isu itu (ICERD) baik daripada NGO mahupun wakil parti politik sendiri, ” katanya ringkas.

Hasrat kerajaan untuk menandatangani ratifikasi ICERD mendapat bantahan pelbagai pihak yang mendakwa ia menggugat hak dan keistimewaan Melayu, Bumiputera serta institusi raja di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 November 2018 @ 10:36 AM