Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail. FOTO Amran Hamid
Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail. FOTO Amran Hamid
Suzalina Halid


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO dan menjadi ADUN Bebas.

Pengumuman itu dibuat oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Ahmad Kasim pada sidang DUN ke-14 Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama, di Wisma Darul Aman, di Alor Setar.

Melalui pengumuman itu, Ahmad berkata Ku Abd Rahman sudah menyerahkan surat mengenai keputusannya mahu menjadi ADUN Bebas semalam.

Ku Abd Rahman pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kanan semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 November 2018 @ 10:40 AM