ANGGOTA APM Daerah Yan menerima #HMKotakRezeki.
ANGGOTA APM Daerah Yan menerima #HMKotakRezeki.
Nur Syazwana Mansor

Yan: Sebanyak 120 #HMKotakRezeki selesai diagihkan kepada pasukan keselamatan di daerah Yan, kelmarin.

Pek berbuka puasa itu diagihkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, BBP Yan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan dan pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah.

Pasukan keselamatan tidak menafikan #HMKotakRezeki antara yang dinanti sebaik menjelang Ramadan.

Pegawai APM Daerah Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, pihaknya amat berterima kasih dengan sumbangan tanda ingatan daripada Harian Metro (HM) kepada APM daerah Yan.

Katanya, hal ini membuktikan HM menghargai kerjasama pihak APM dan media selama ini dalam konteks melaporkan isu semasa berkaitan bencana dan kemalangan di daerah ini.

Menurutnya, APM Daerah Yan komited dalam usaha menjalin hubungan kerjasama erat dengan pihak media.

Katanya, seramai 18 anggota APM Daerah akan bertugas mengikut syif dalam tempoh 24 jam pada Aidilfitri ini.

“Setakat ini, pihak APM Yan sudah menerima sebanyak 94 kes kecemasan membabitkan pelbagai kes termasuk kemalangan, bencana dan orang sakit,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Jun 2018 @ 10:03 AM