GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan terdapat 63 kes positif Covid-19 di Guar Chempedak, Kedah.

KKM dalam satu kenyataan di Facebook (FB) berkata, nota suara yang tular di media sosial berkaitan dakwaan itu adalah palsu.

Menurutnya, pihaknya juga meminta orang ramai tidak menyebarkan nota suara yang tidak benar itu.

"Amaran! Voice note yang mendakwa 63 kes positif Covid-19 di Guar Chempedak, Kedah, adalah palsu. Jangan sebarkan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2020 @ 10:38 PM