BALING 09 OKTOBER 2018. Kedai laksa kebok di Kampung Landak di Kupang yang tular akibat keracunan makanan sehingga menyebabkan kematian. STR/ SAFURI KAMARUDIN
BALING 09 OKTOBER 2018. Kedai laksa kebok di Kampung Landak di Kupang yang tular akibat keracunan makanan sehingga menyebabkan kematian. STR/ SAFURI KAMARUDIN
Safuri Kamarudin


GERAI laksa kebok di Kupang, Baling yang sebelum ini dikaitkan dengan kes keracunan diberi markah 92.6 peratus oleh Pejabat Kesihatan Daerah Baling, hari ini.

Pengusahanya, Daud Ismail, 52, berkata, markah itu diberikan oleh pegawai Pejabat Kesihatan daerah yang membuat pemeriksaan terakhir di gerainya.

Menurutnya, pihak terbabit berpuas hati dengan tahap kebersihan memproses makanan di gerainya itu.

Bagaimanapun, dia diarahkan mengikuti kursus kesihatan dan penyediaan makanan pada Jumaat ini bagi memenuhi syarat untuk beroperasi semula.

“Saya akur dengan arahan demi kebaikan semua sebelum memulakan semula. perniagaan,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Daud berkata, dia akan mengadakan kenduri kesyukuran Sabtu ini bagi mendapatkan keberkatan-Nya.

NSTP sebelum ini melaporkan gerai laksa kebok diarahkan tutup selama dua minggu, susulan lebih 80 kes keracunan makanan.

Kes dipercayai membabitkan laksa dibeli di gerai berkenaan.

Ahad lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan agen penyebab keracunan laksa yang dibeli dari premis di Kupang adalah bakteria Salmonella enterica serovar Weltevreden.

Ia dikesan dalam sampel klinikal pesakit dan mi laksa terbabit.

Berita berkaitan

[UPDATE] Bakteria dalam mi laksa...

Gerai laksa beroperasi semula

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Oktober 2018 @ 9:16 PM