FOTO hiasan
FOTO hiasan
HM Digital


PEMAIN futsal Faizal Alli, 41, yang disambar petir ketika menyertai Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, meninggal dunia, hari ini.

Beliau berasal dari Sabah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Cheras jam 11.02 pagi.

Mangsa sebelum ini dilaporkan tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Intensif (ICU) di hospital sama.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengambil tindakan selanjutnya bersama-sama keluarga bagi urusan penghantaran pulang jenazah untuk dikebumikan di Tawau, Sabah.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Oktober 2018 @ 3:18 PM