MUAZ Zabir. FOTO Eizairi Shamsudin
MUAZ Zabir. FOTO Eizairi Shamsudin
Zaara Talita

Petaling Jaya: "Saya sentiasa mendoakan Bella Astillah menemui kebahagiaan serta boleh mengharungi segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan. 

"Saya yakin dia seorang wanita yang kuat dan sama-sama kita mendoakan dengan statusnya sebagai ibu tunggal".

Demikian ulas pelakon Muaz Zabir apabila diajukan mengenai pengakhiran rumah tangga rakan industrinya, Bella Astillah dan Aliff Aziz yang menemui nokhtah pada hari ini.

Jelas Muaz, dia dimaklumkan mengenai berita berkenaan oleh rakan-rakan sekeliling dan belum sempat menyemak media sosial kerana sibuk dengan urusan kerja. 

"Saya dan Bella sudah mengambil keputusan untuk mengikuti jalan masing-masing. Apa saja isu mengenai rumah tangga Bella dan Aliff, saya ambil keputusan untuk mendiamkan diri.

"Saya tidak mahu kenyataan saya diolah dan diputar belit oleh mana-mana pihak. Lebih baik saya mendiamkan diri," kata Muaz kepada Harian Metro.

Muaz ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Viu yang berjudul Bawah Payung Awan yang berlangsung di sini. 

"Kami berkawan pun tidak, bergaduh pun tidak, hubungan kami professional dan hanya berkaitan soal kerja. Lagipun industri ini kecil saja. 

"Berkenaan dengan Tik Tok saya faham, apa yang terjadi bukan dirancang sebaliknya konten saja, tak ada kena mengenai, saya memang suka pakai baju putih. 

"Saya tak tahu apa yang akan terjadi, saya hanya 'go with the flow'. Apa saja yang saya hadapi selepas ini saya akan lalui dengan lebih tenang. 

"Apa yang pasti, saya juga akan berfikir panjang dengan segala tindak tanduk pada masa akan datang," katanya.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 6:42 PM