Sebahagian jemaah haji menggunakan payung ketika berada di Masjidil Haram. - FOTO AFP
Sebahagian jemaah haji menggunakan payung ketika berada di Masjidil Haram. - FOTO AFP
Agensi

Makkah: Jurucakap kerajaan Arab Saudi memberi amaran bahawa suhu dijangka mencecah setinggi 48 darjah Celsius ketika jemaah haji bersiap sedia untuk memulakan ibadah haji minggu ini, lapor Arab News.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi Muhammad Al-Abdulaali berkata, suhu tinggi menimbulkan cabaran besar untuk musim haji tahun ini, yang dijadualkan bermula pada 14 Jun.

"Kementerian sedang berusaha untuk menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat untuk jemaah haji memandangkan keadaan iklim yang teruk," kata Al-Abdulaali.

Kementerian menggalakkan jemaah haji mematuhi garis panduan kesihatan untuk kekal selamat daripada suhu tinggi.

Katanya, langkah-langkah seperti membawa payung, kekal terhidrat, dan berehat antara tips penting untuk mengelakkan keletihan haba.

Pusat Meteorologi Kebangsaan meramalkan bahawa suhu di Makkah akan berada di antara 45 dan 48 darjah Celsius, dari panas hingga sangat panas, dengan sedikit peluang hujan.

Katanya, kerajaan telah melakukan persiapan untuk memastikan haji yang selamat dan lancar tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 6:22 PM