AZAM Baki. FOTO arkib NSTP
AZAM Baki. FOTO arkib NSTP
Irwan Shafrizan Ismail


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan badan itu dan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan penyelewengan dan rasuah dalam PAS Kelantan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya mendapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM dan suruhanjaya ini untuk menular kenyataan itu baru-baru ini.

“Tindakan ini dilihat sebagai perbuatan yang ingin mencemarkan reputasi SPRM.

Ingin ditegaskan bahawa SPRM komited menjalankan tugas dengan telus, bebas dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana individu di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, SPRM juga menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan berita tidak sahih menggunakan nama pengurusan tertinggi SPRM atau suruhanjaya itu.

“Tindakan ini hanya menjejaskan imej SPRM,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Jun 2018 @ 3:58 PM