GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Faliq Lajim


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini menafikan dakwaan akan ada perubahan di dalam jabatan itu berikutan cuti sakit oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Beebi Koya berkata, laporan itu adalah tidak berasas langsung.

"Datuk Seri Azam Baki sudah pun keluar dari hospital, malah turut hadir ke pejabat hari ini.

"Beliau dijangka menyambung balik tugas rasmi minggu depan pada 22 Ogos ini," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan perubahan dalam kepimpinan tertinggi SPRM berikutan susulan cuti sakit oleh Azam.

Laporan yang memetik sumber berkata Azam, 56, dimasukkan ke Hospital Putrajaya bulan lalu berikutan menghadapi masalah kegagalan buah pinggang.

Dalam laporan itu juga, sumber turut memaklumkan SPRM berkemungkinan besar akan melantik seorang pemangku timbalan ketua pesuruhjaya untuk menyelia perkara-perkara berkaitan operasi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Ogos 2019 @ 9:08 PM