MAYAT tiga mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 52, Jalan Tatau-Bintulu, Bintulu, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
MAYAT tiga mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 52, Jalan Tatau-Bintulu, Bintulu, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
Mohd Roji Kawi


TIGA maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 52, Jalan Tatau-Bintulu di Bintulu, hari ini.

Dalam kejadian pada 1.30 tengah hari, mangsa yang maut disahkan sebagai pemandu Bakie Ladin, 33, serta dua penumpangnya iaitu Jeanety Liah Liana Lily, 9, dan Sai Imong.

Seorang lagi penumpang Proton Wira itu ialah Lily Kawan, 42, yang cedera parah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pemandu Toyota Camry dan Proton Exora turut cedera lalu dihantar ke Hospital Bintulu oleh orang awam untuk rawatan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.47 tengah hari sebelum 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati empat mangsa iaitu pemandu dan tiga penumpangnya tersepit di dalam kereta Proton Wira.

“Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dan pasukan perubatan kemudian mengesahkan tiga daripadanya sudah meninggal dunia manakala seorang lagi cedera parah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Jun 2018 @ 8:57 PM