Uhai maut selepas kereta dipandu bertembung dengan pikap di Kilometer 181, Jalan Sibu-Bintulu, Tatau, pagi tadi. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Uhai maut selepas kereta dipandu bertembung dengan pikap di Kilometer 181, Jalan Sibu-Bintulu, Tatau, pagi tadi. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Mohd Rizal Abdullah
mohd.rizal@hmetro,com.my

Bintulu: Lelaki berusia 39 tahun maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan pikap di Kilometer 181, Jalan Sibu-Bintulu, Tatau, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada 7.35 pagi itu, Uhai Lingga meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit selain parah di kepala dan badan, manakala pemandu pikap selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tatau Azrel Izaidi Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.41 pagi berhubung kejadian itu.

Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, mangsa dalam keadaan tersepit di bahagian tempat pemandu dan disahkan doktor sudah meninggal dunia.

"Mangsa berjaya dikeluarkan 30 minit kemudian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Mangsa yang beralamat di Rumah Lanting Ulu Sungai Arib, Selangau dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mac 2016 @ 11:38 AM