MOHD Zain  (tiga dari kanan) menyerahkan bubur lambuk kepada peniaga sambil diperhatikan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff (lima dari kanan) pada  majlis agihan 1,500 bekas makanan dan bubur lambuk secara percuma di Jalan Bunus 6, Kuala Lumpur, semalam.

Syalikha Sazili

Kuala Lumpur: Jangan sangka minyak masak terpakai tidak lagi berguna berikutan ia boleh menjana pendapatan selain ditukar menjadi biodiesel untuk kegunaan kenderaan berat.

Berikutan itu sebanyak 100 tong ditempatkan di beberapa bazar Ramadan bagi mengumpul minyak masak terpakai yang mampu memberi pendapatan tambahan kepada peniaga.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata, tong minyak berkenaan adalah inisiatif DRB-HICOM Environmental Services Sdn Bhd (DHES) iaitu anak syarikat Alam Flora untuk mendidik masyarakat mengamalkan konsep 5R.

Katanya, 5R itu merangkumi refuse (menolak), reduce (mengurangkan), reuse (guna semula), recycle (kitar semula) dan recovery (pemulihan atau diperbaharui).

“Bagi setiap satu kilogram minyak masak terpakai, orang ramai termasuk peniaga boleh memperoleh RM1.20 jika ia dijual semula kepada kami.

“Minyak masak terpakai ini boleh ditukar menjadi biodiesel menerusi proses tranesterifikasi bagi kegunaan kenderaan berat seperti bas,” katanya pada program agihan 1,500 bekas bubur lambuk kepada orang ramai sekitar Jalan Masjid India, di sini, semalam.

Tong dengan setiap satunya berkapasiti 25 liter itu ditempatkan di tiga bazar utama iaitu Jalan Masjid India, Bangsar dan Tasik Permaisuri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mei 2018 @ 4:20 AM