PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda tiba di bangunan Kementerian Kewangan untuk mengadakan perjumpaan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi membincangkan hal berkaitan 1MDB. FOTO E-mel
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda tiba di bangunan Kementerian Kewangan untuk mengadakan perjumpaan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi membincangkan hal berkaitan 1MDB. FOTO E-mel
Ooi Tee Ching dan Hazwan Faisal Mohamad


PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda tiba di bangunan Kementerian Kewangan di sini, jam 2.43 petang tadi.

Arul hadir dengan menaiki sebuah MPV berwarna hitam.

Beliau difahamkan akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi membincangkan hal berkaitan 1MDB.

Arul hanya berdiam dan tersenyum ketika ditanya pemberita mengenai tujuannya hadir ke Kementerian Kewangan.

Lim pada sidang medianya semalam mendedahkan 1MDB tidak pernah membayar hutang pinjamannya, sebaliknya dibayar oleh Kementerian Kewangan sejak April 2017 dan sudah berjumlah RM6.98 bilion setakat ini.

Beliau berkata, pihaknya juga perlu melunaskan bayaran faedah pinjaman 1MDB berjumlah RM143.75 juta pada 30 Mei ini.

Selain itu katanya, 1MDB juga perlu menyelesaikan faedah pinjaman berjumlah RM810.21 juta bagi bulan di antara September hingga November ini.

“Saya dimaklumkan Arul Kanda masih kekal sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB sehingga 30 Jun ini. Beliau sehingga hari ini menegaskan yang 1MDB mampu membayar hutangnya.

“Sehubungan itu, saya telah memberi arahan kepada Arul Kanda supaya memberi penjelasan sama ada 1MDB masih mampu membayar hutang yang akan berakhir minggu depan.

“Saya juga telah meminta untuk berjumpa dengan Pengarah 1MDB, Datuk Kamal Mohd Ali dan Datuk Norazman Ayob bagi memberi penjelasan kepada kementerian mengenai situasi semasa dalam 1MDB,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mei 2018 @ 6:02 PM