POLIS kawal pintu 6 Terminal Skypark Subang. FOTO Asyraf Hamzah
POLIS kawal pintu 6 Terminal Skypark Subang. FOTO Asyraf Hamzah
Fazrik Kamarudin


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menugaskan Pasukan Tempur Ringan (LSF) bagi mengawal bahagian pintu enam yang menjadi laluan ke bangunan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

Jumlah kehadiran orang ramai juga semakin meningkat, dianggarkan seramai hampir 100 orang berkumpul di perkarangan lapangan terbang berkenaan.

Terdahulu, orang ramai digemparkan dengan kewujudan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang diletakkan di hadapan pintu 6.

Kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih itu kemudian dikerumuni orang ramai sambil meminta penumpang keluar menunjukkan diri.

Polis terpaksa bertindak untuk mengawal keadaan dalam usaha menghalang orang ramai daripada mula bertindak agresif.

Selepas hampir sepuluh minit, tanda tanya mengenai penumpang Vellfire itu terjawab iaitu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Kenderaan itu kemudiannya dibenarkan masuk ke kawasan lapangan terbang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mei 2018 @ 11:35 AM