Polis mengiringi kereta Pogba sebelum disita.
Polis mengiringi kereta Pogba sebelum disita.
Agensi

KERETA Roll Royce milik Paul Pogba disita polis selepas dia didapati memandu kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran Perancis itu.

Polis mengesan bintang Manchester United itu yang memandu Wraith Black Badge di M56 dan kemudiannya menahannya berdekatan susur keluar Lapangan Terbang Manchester.

Polis Greater Manchester menyita kenderaan edisi khas itu dan Pogba, 27, di bawa menaiki kereta polis di A4538 dekat Hale, Cheshire.

Pogba dilihat memandu Roll Royce. FOTO Agensi
Pogba dilihat memandu Roll Royce. FOTO Agensi

Kenderaan luar yang berada di Britain melebihi enam bulan dalam setahun perlu berdaftar dengan DVLA dan memakai nombor pendaftaran UK.

Namun jika pemiliknya residen di UK, mereka perlu mendaftarkan kereta itu dalam tempoh dua minggu selepas membawanya masuk ke negara itu.

Pemain kebangsaan Perancis itu dijangka kembali beraksi selepas mengalami kecederaan mempunyai tujuh hari untuk mendapatkan semula keretanya dan perlu membayar denda £150 (RM792) dan tambahan £20 (RM105) untuk setiap hari keretanya tidak dituntut.

Dia hanya perlu mengemukakan bukti insurans dan bukti dia pemilik kenderaan itu untuk mendapatkannya kembali di balai polis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2020 @ 10:00 PM