PENYERAHAN dokumen tugas daripada Rohana kepada Md Zamri.
PENYERAHAN dokumen tugas daripada Rohana kepada Md Zamri.
Hafizudin Mohd Safar


Kangar: Mantan Pengarah Keselamatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Asisten Komisioner (ACP) Md Zamri Mat Zanu, 58, dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perlis baru berkuat kuasa semalam.

Md Zamri mengambil alih tugas itu daripada Asisten Komisioner Rohana Omar, 60, yang bersara wajib.

Beliau mempunyai pengalaman berkhidmat dalam pelbagai unit Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya bahagian siasatan jenayah.

Selain pernah berkhidmat di Perlis ketika mula bertugas sebagai Inspektor, beliau juga pernah berkhidmat di Kedah, Johor, Pahang dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 April 2018 @ 4:10 AM