Mohd Zailan (kiri) menyerahkan tugas kepada Muhamad Hanif sambil diperhatikan Hasnan (tengah) pada Majlis Serah terima tugas Ketua Polis Daerah Manjung. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Mohd Zailan (kiri) menyerahkan tugas kepada Muhamad Hanif sambil diperhatikan Hasnan (tengah) pada Majlis Serah terima tugas Ketua Polis Daerah Manjung. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Noor Hidayah Tanzizi


BEKAS Ketua Jabatan Sumber Strategi dan Teknologi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Muhamad Hanif Othman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Manjung yang baru, berkuat kuasa hari ini.

Muhamad Hanif mengambil alih jawatan daripada Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah yang bersara wajib.

Majlis Serah terima tugas yang diadakan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung itu disaksikan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan.

Mohd Zailan berkhidmat di IPD Manjung sejak 15 April 2014 selepas berkhidmat dalam pelbagai cawangan termasuk di Perlis, Kelantan, Pahang, Bukit Aman dan pernah menyertai misi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan.

Pada majlis itu, turut diadakan serah terima tugas antara Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Manjung, Tengku Muziah Tengku Mohd Yusof dengan isteri Muhamad Hanif, Azura Abdullah Afendi yang dilantik sebagai Pengerusi baru

Penyerahan tugas itu disaksikan Pengerusi PERKEP Perak, Datin Zuriani Mohd Kamal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Julai 2017 @ 1:01 PM