Dr Shahril Othman. FOTO Ihsan UniSZA
Dr Shahril Othman. FOTO Ihsan UniSZA
Aslina Abu Bakar


PENSYARAH Fakulti Pengajian dan Kontemporari Islam (FKI) Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Dr Shahril Othman meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Oman, pada 4 petang tadi (waktu Malaysia).

Beliau yang juga Pengarah Pejabat Kolej Kediaman (PKK) universiti awam itu meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menunggu penerbangan untuk pulang ke Malaysia, sebaik selesai urusan penyelidikan di Arab Saudi bersama dua pensyarah lain.

UniSZA dalam kenyataannya berkata, Allahyaham berkhidmat di UniSZA selama 10 tahun bermula 2008 dan meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Malaysia selepas segala urusan jenazah selesai.

Seluruh warga UniSZA menzahirkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Mac 2018 @ 11:59 PM