ANGGOTA bomba memadamkan api kereta yang terbakar  di Kilometer 227 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara.
ANGGOTA bomba memadamkan api kereta yang terbakar di Kilometer 227 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara.
HM Digital

Seremban: Seorang lelaki terselamat selepas kereta dipandunya terbakar di Kilometer 277 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, kelmarin.

Pada kejadian jam 9 malam, mangsa Mohd Shafiq Latif, 31, memandu kereta Proton Waja dari arah Tangkak, Johor menuju ke Kuala Lumpur berseorangan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Md Munawir Md Yusoff berkata, kejadian berlaku ketika lelaki itu menyedari asap tebal keluar melalui ruang pendingin hawa sebelum mangsa bertindak pantas berhenti di lorong kecemasan lalu bertindak keluar daripada kenderaan.

Katanya, lelaki itu mendapati percikan api dari dalam kereta lalu menghubungi pihak bomba untuk bantuan.

“Dua jentera bersama 10 anggota dihantar ke lokasi sejurus pihak bomba menerima panggilan pada jam 9.02 malam (kelmarin) sebelum mendapati api marak membakar kenderaan terbabit. Anggota bomba turut menggunakan buih sabun sebelum api berjaya dipadam,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Disember 2017 @ 4:25 AM