ALLAHYARHAM Azani Aziz. FOTO ihsan Bomba
ALLAHYARHAM Azani Aziz. FOTO ihsan Bomba
Rosliza Mohamed


PEGAWAI Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Kampung Atas Pinggir, Pasir Mas, hari ini.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Azani Aziz, 48, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Tendong pada 9.02 pagi.

Arwah yang bertugas di Bahagian Latihan, JBPM Kelantan sebelum itu terbabit kemalangan dengan kereta pada 7.30 pagi.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggangnya dari arah Pasir Mas menghala ke pejabatnya di Tunjong, Kota Bharu melanggar belakang kereta yang tiba-tiba membuat pusingan U.

Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood mengesahkan kematian kakitangannya itu.

"Beliau meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Tendong," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2017 @ 3:19 PM