Mayat mangsa dibawa keluar oleh anggota bomba. FOTO ihsan bomba
Mayat mangsa dibawa keluar oleh anggota bomba. FOTO ihsan bomba
Iskandar Shah Mohamed


KEHILANGAN seorang wanita warga emas berusia 79 tahun sejak Rabu lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam sebuah parit di Jalan Kenanga Kanan, Sungai Kajang, Tanjung Karang, pagi tadi.

Mangsa, Suhai Majin, 79, ditemui menantu lelakinya terapung di parit berkenaan yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya, jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Pemangku Superintendan Mohd Asri A Wahab berkata, siasatan awal mendapati wanita yang dipercayai nyanyuk itu kerap merayau bersendirian di kawasan berkenaan.

"Mangsa disedari keluar dari rumah oleh suaminya pada Rabu lalu dan disedari masih tidak pulang sehingga semalam.

"Berikutan itu, satu laporan polis kemudian dibuat keluarga mangsa untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat dan punca kematian akibat mati lemas.

Kata Mohd Asri, kes itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

#kw nenek, mati lemas

#loc 3.426409, 101.1767141

CAPTION

KEADAAN mayat mangsa yang dibawa keluar bomba.

TAMAT

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Disember 2017 @ 3:56 PM