Foto hiasan
Foto hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin

Tanjong Karang: Kanak-kanak berusia dua tahun ditemui lemas dalam parit di hadapan rumahnya di Kampung Sungai Sireh di sini, pada 7.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian disedari bapa mangsa berusia 34 tahun selepas mendapati anaknya yang bermain di hadapan rumah hilang dari pandangan.

"Bapa mangsa kemudiannya mencari mangsa dan menemuinya di dalam parit dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) dan disahkan meninggal dunia akibat lemas," katanya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 12:20 PM