KELUARGA menyiram air mawar ke atas pusara, ketika pengebumian tiga jenazah adik beradik yang maut pada nahas Jalan raya Kuala Kangsar- Gerik berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong di tanah perkuburan Bukit Kuin. Gambar kecil, Zarina Yong. FOTO Farizul Hafiz Awang, Abdullah Yusof
KELUARGA menyiram air mawar ke atas pusara, ketika pengebumian tiga jenazah adik beradik yang maut pada nahas Jalan raya Kuala Kangsar- Gerik berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong di tanah perkuburan Bukit Kuin. Gambar kecil, Zarina Yong. FOTO Farizul Hafiz Awang, Abdullah Yusof
Balqis Jazimah Zahari


“SYUKUR saya sempat bertemu dan melihat wajahnya buat kali terakhir sebelum suami menghembuskan nafas terakhir,” kata Zarina Yong, 44.

Zarina sempat bertemu kira-kira 10 minit sebelum suaminya, Ismail Yaacub, 53, disahkan meninggal dunia 1.40 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Taiping (HT).

Allahyarham Ismail, meninggal dunia selepas dua hari bertarung nyawa susulan parah akibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong di Jalan Kuala Kangsar- Gerik, Ahad lalu.

Kemalangan itu mengakibatkan tiga anaknya termasuk pasangan kembar maut di lokasi kejadian.

Zarina yang masih dirawat di hospital sama ketika ditemui berkata, dia sudah bersedia dan reda dengan pemergian suami walaupun sudah kehilangan tiga anak kesayangan.

Katanya, doktor yang bertugas datang menemuinya awal pagi tadi dan memintanya agar berjumpa suami.

"Saya lega sempat melihat wajahnya dan berbisik ke telinganya supaya terus kuat.

"Wajahnya tenang dan saya nampak dia menggerak-gerakkan kelopak matanya, mungkin dia mahu mendengar suara saya sebelum pergi.

"Sebaik 10 minit saya balik semula ke wad, anak datang memaklumkan suami sudah pergi dan saya reda," katanya.

Sementara itu, adiknya Zuraini Yong, 43, berkata, pemergian arwah begitu dirasai seluruh keluarga.

"Arwah memang seorang yang baik, mementingkan keluarga dan agama.

"Kami adik-beradik sebak mengenangkan nasib menimpa keluarga kakak, tapi kami lihat kakak masih tabah dan tenang berdepan dengan dugaan berat ini," katanya

Jenazah arwah dituntut keluarga di Unit Forensik HT kira-kira 12.30 tengah hari ini dan dibawa ke Kuantan, Pahang untuk dikebumikan bersebelahan pusara tiga anaknya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin, di sana.

Dalam kejadian 11 pagi kelmarin, dua beradik kembar berlainan jantina iaitu Muhammad Hanif dan Nur Ain Hanifah Ismail berusia lapan tahun serta kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala Ismail dan Zarina dirawat di HT dan seorang lagi anak mereka berusia 13 tahun terselamat.

Berita berkaitan

'Aboh baik orangnya'

Ayah pula 'pergi'

'Saya lihat bayangan anak-anak melambai pergi'

Kembar, kakak, macam anak sendiri [UPDATE]

Nampak treler seret Nissan Sentra [UPDATE]

[UPDATE] Pasangan kembar antara yang maut

Tiga maut kemalangan tiga kenderaan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2017 @ 4:57 PM