Mohd Hilmie Hussin


SEBANYAK 3.7 tan metrik abu al-Quran dilupuskan di perairan laut Selat Melaka hari ini.

Program membuang abu al-Quran itu kali pertama dianjurkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas kaedah lain digunakan sebelum ini.

Program bermula di Pelabuhan Tanjung Bruas, Tanjung Kling di sini, pada 9 pagi dan mendapat kerjasama kapal MV Pedoman Jabatan Laut Malaysia.

Pelupusan abu al-Quran itu disempurnakan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Yaakob Md Amin dan dipantau sendiri Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.

Turut serta Pengarah JAIM Md Azhan Samat dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM Datuk Rahimin Bani.

Yaakob berkata, naskhah ayat suci al-Quran itu dikumpul selama tiga tahun di seluruh negeri ini sebelum dibakar di Kajang, Selangor.

Abu terhasil kemudian dimampatkan menjadi bongkah dan dibuang ke laut kira-kira 7 batu nautika dari Pelabuhan Tanjung Bruas.

"Sebelum ini kami pernah lakukannya dengan kerjasama dari jabatan agama negeri Selangor, Negeri Sembilan dan lain-lain. Hari ini kita lakukannya sendiri,” ujar

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2017 @ 3:28 PM