Hadzlihady Hassan


REMAJA lelaki dikhuatiri lemas manakala adiknya berjaya diselamatkan ketika mandi di Pantai Miami, Batu Ferringhi, Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 18 tahun dikatakan mandi bersama adik lelakinya berusia 15 tahun.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.17 tengah hari sebelum tiba di lokasi 18 minit kemudian.

“Kita difahamkan mangsa dan adiknya mandi bersama di pantai berkenaan. Bagaimanapun, adik mangsa berjaya diselamatkan orang ramai yang berada di pantai itu dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan bagi mengesan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Oktober 2017 @ 2:14 PM
Anggota bomba dan penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Miami, Batu Ferringhi, Georgetown, hari ini. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Anggota bomba dan penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Miami, Batu Ferringhi, Georgetown, hari ini. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal