Rudy Syareme Sheriffudin


REMAJA lelaki, 14, ditemui lemas ketika mandi di Pantai Teluk Bahang, Batu Ferringhi, 1 tengah hari, hari ini.

S Sunni pada mulanya ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam di tepi pantai sebelum diberikan bantuan kecemasan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Bahang, Pegawai Bomba Kanan II Wan Abdul Malik Wan Hussin berkata, pihaknya yang dimaklumkan berhubung kejadian bergegas ke lokasi.

“Mangsa bagaimanapun disahkan mati oleh pegawai perubatan, 1.29 tengah hari.

“Mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2017 @ 3:26 PM