ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut memberi penerangan cara memadam kebakaran.
ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut memberi penerangan cara memadam kebakaran.
Nazirul Roselan


Jerantut: Seramai 330 pelajar Maahad Tahfiz Darul Uloom Al-Islamiyyah, Sungai Salan, di sini, didedahkan dengan penggunaan alat pemadam api melalui latihan kebakaran dianjurkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), semalam.

Bomba dan Penyelamat Jerantut turut mengambil langkah melakukan pemeriksaan pendawaian elektrik dan bangunan bagi memastikan empat bangunan asrama serta bangunan lain di madrasah itu mematuhi ciri keselamatan ditetapkan.

Ketua Balai Bomba Daerah Jerantut Penolong Penguasa Bomba Fariz Abdul Rahim berkata, objektif utama program itu memberikan kesedaran dan pembelajaran kepada pelajar serta tenaga pengajar.

“Kami mahu mendedahkan mereka cara menggunakan alat pemadam api dan cara memadam kebakaran jika berlaku kebakaran kecil sebelum ia merebak lebih teruk,” katanya ketika ditemui, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 9:33 AM