Plaza Tol Kuala Terengganu di Kampung Gemuruh dijangka sesak menjelang Aidiladha Jumaat ini. (Gambar kecil) Azman  (kanan) bersama Shahrul Othman pada majlis penyerahan 2 buah kereta peronda polis Mitsubishi GT Lancer 2.0 L. FOTO Rohanis Shukri
Plaza Tol Kuala Terengganu di Kampung Gemuruh dijangka sesak menjelang Aidiladha Jumaat ini. (Gambar kecil) Azman (kanan) bersama Shahrul Othman pada majlis penyerahan 2 buah kereta peronda polis Mitsubishi GT Lancer 2.0 L. FOTO Rohanis Shukri
Mohd Nasif Badruddin


LPT2 Sdn Bhd (LPT2) menawarkan rebat tol sebanyak 50 peratus kepada pengguna Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha esok.

Pengarah Eksekutif LPT2 Datuk Azman Ismail berkata, tawaran istimewa bagi tempoh 24 jam mulai 12 tengah malam ini membabitkan semua kad PLUSMiles, kad Touch n Go ataupun SmartTAG bagi kenderaan kelas satu dua gandar.

Katanya, rebat itu diberikan untuk perjalanan melebihi 100 kilometer (km) daripada keseluruhan LPT2 sepanjang 184 km dari Plaza Tol Jabor hingga Plaza Tol Kuala Terengganu.

“€œIa sebagai tanda penghargaan LPT2 bagi transaksi tol elektronik yang mula dilaksanakan sejak 14 Ogos lalu.

“€œRebat akan dimasukkan dalam bentuk tambah nilai apabila mereka menambah nilai kad di tol kendalian PLUS terpilih atau Pusat Khidmat Pelanggan bermula dari 15 September hingga 14 Disember depan,”€ katanya dalam sidang media Majlis Penyerahan Sumbangan Kenderaan Rondaan oleh LPT2 Sdn Bhd Kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Menara Korporat, Persada PLUS, Petaling Jaya, hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor, Pengarah Pemantauan Operasi Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) Zahratul €™Ula Mohd Ibrahim dan Pengurus Besar LPT2 Sdn Bhd Husni Md Yusof.

Azman berkata, sumbangan dua kereta peronda Mitsubishi GT Lancer 2.0L kepada Unit EMPV Cawangan Trafik Bukit Aman untuk rondaan di LPT2 akan membantu kelancaran pergerakan pengguna laluan itu yang dijangka bertambah 100 peratus pada musim perayaan ini berbanding hari biasa.

“€œDari semasa ke semasa, PDRM turut memainkan peranan besar dalam membantu rundingan dan konsultasi menangani isu yang berkait rapat dengan operasi LPT2 seperti pemotongan dan kecurian pagar lebuh raya oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“€œPasukan ini juga turut mengadakan operasi pencegahan vandalisme, operasi bersama mencegah perbuatan menyalahgunakan lorong kecemasan serta operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan agensi lain,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Ogos 2017 @ 7:35 PM