Balak yang menghempap pemandu lori ketika mangsa membuka ikatan rantai. FOTO Ahmad Ismail
Balak yang menghempap pemandu lori ketika mangsa membuka ikatan rantai. FOTO Ahmad Ismail
Ahmad Ismail


PEMANDU lori berusia 37 tahun maut selepas dihempap sebatang kayu balak di sebuah kilang papan di Chaah, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, kejadian 7.30 pagi mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.

“Kejadian berlaku ketika mangsa cuba membuka rantai ikatan timbunan kayu di atas lorinya," katanya.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Segamat untuk bedah siasat. “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2017 @ 5:38 PM