Gan (tengah) menyaksikan Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua JSJ (Operasi dan Risikan) Perak antara Halimahton dengan Anuar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak. FOTO L Manimaran
Gan (tengah) menyaksikan Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua JSJ (Operasi dan Risikan) Perak antara Halimahton dengan Anuar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak. FOTO L Manimaran
Mohd Hafizee Mohd Arop


TIMBALAN Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Siasatan dan Perundangan) Selangor, Asisten Komisioner Anuar Othman dilantik sebagai Timbalan Ketua JSJ (Operasi dan Risikan) Perak yang baru, berkuat kuasa hari ini.

Anuar, 53, mengambil alih tugas yang sebelum ini dipangku Superintendan Datin Seri Halimahton Ahmad.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua JSJ Perak, Datuk Gan Tian Kee di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh.

Turut diadakan majlis serah terima tugas Pegawai Turus D8 Operasi Khas JSJ Perak antara Asisten Superintendan Mohd Rozaini Md Rodzi yang dilantik ke jawatan itu mengambil alih tugas Inspektor Mahani Mohammed.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2017 @ 11:36 AM