DARI kiri,  Salleh   bersama Abdul Jalil, Azman  dan Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ibrahim Yahaya  pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran MPB.
DARI kiri, Salleh bersama Abdul Jalil, Azman dan Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ibrahim Yahaya pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran MPB.
Tetamu yang hadir mengambil juadah makanan.
Tetamu yang hadir mengambil juadah makanan.
 DARI kiri,  Ismail, Mahfar, FD Iskandar, Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang, Mustapa,  Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Amrin.
DARI kiri, Ismail, Mahfar, FD Iskandar, Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang, Mustapa, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Amrin.
DARI kiri,  Ismail, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Hishammuddin, FD Iskandar, Ahmad Zahid, Ismee, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani,  Amrin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak  menjamu selera di  Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima Berhad, semalam.

Suraya Roslan dan Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: Lebih 5,000 pengunjung memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) di Hotel KL Hilton, semalam.

Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta rakan strategik MPB selain kalangan artis tanah air.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan MPB Datuk Seri FD Iskandar; Pengarah Urusan Kumpulan MPB Datuk Seri Amrin Awaluddin, Pengerusi NSTP Tan Sri Ismail Omar dan Ahli Lembaga Pengarah MPB Tan Sri Ismee Ismail.

Turut sama, Ketua Pegawai Eksekutif New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio Datuk Ahmad Izham Omar, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mahfar Ali.

Sementara itu, FD Iskandar ketika ditemui berkata, kehadiran menteri Kabinet, rakan media, penjawat awam, rakan strategik dan pelanggan MPB ke Rumah Terbuka Aidilfitri sebagai tanda sokongan dan keyakinan tidak berbelah bagi kepada syarikat media gergasi di negara ini.

“Saya akui dalam keadaan ekonomi negara yang semakin mencabar, MPB melalui pelbagai cabaran, tetapi kita pasti dapat mengatasinya sedikit masa lagi.

“Malah, saya sangat berterima kasih kepada semua terutama pihak pengurusan dan kakitangan yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan MPB hingga ke tahap ini sekarang,” katanya.

Beliau yang bakal menamatkan perkhidmatannya pada 1 Ogos ini berkata, pelbagai pengalaman suka duka dinikmati selama lapan tahun perjalanan di dalam syarikat media gergasi itu.

“Akhir sekali, saya ucapkan yang terbaik buat seluruh Ahli Lembaga Pengarah MPB dan kakitangan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Julai 2017 @ 5:37 AM