Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid

Kuala Lumpur: Lebih 3,000 pelanggan, rakan kongsi dan pihak yang mempunyai hubungan perniagaan dirai Media Prima Berhad (MPB) dalam Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri di sebuah hotel di sini, hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan MPB Rafiq Razali berkata, penganjuran rumah terbuka itu selepas empat tahun tidak diadakan antaranya disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) di Hotel Hilton Kuala Lumpur. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN

"Biasanya setiap tahun kita akan melakukan rumah terbuka ini untuk beramah mesra dengan semua pelanggan, rakan kongsi dan sesiapa sahaja yang ada hubungan perniagaan dengan Media Prima.

"Alhamdulillah tahun ini (penganjuran) sangat berjaya. Saya rasa lebih 3,000 orang akan datang pada hari ini," katanya ketika ditemui pemberita.

SYED Hussian (kiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri MPB di Kuala Lumpur hari ini. FOTO Aswadi Alias.

Majlis itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) di Hotel Hilton Kuala Lumpur. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) di Hotel Hilton Kuala Lumpur. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan MPB Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid;

Pengarang Urusan Kumpulan NSTP yang juga Pengarang Kumpulan BH Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarang Kumpulan Harian Metro Husain Jahit dan Pengarang Kumpulan News Straits Times (NST) Farrah Naz Karim.

Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid beramah mesra dengan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) di Hotel Hilton Kuala Lumpur. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN

Rafiq berkata, rumah terbuka ini juga dapat dijadikan tempat perjumpaan secara santai antara mereka.

"Kita nak jumpa semua rakan kongsi Media Prima dalam persekitaran yang lebih santai," katanya.

Terdahulu pelbagai juadah disajikan kepada tetamu dan dimeriahkan dengan persembahan istimewa.

SYED Hussian (kiri) dan Husain di samping Amirudin (tengah)  dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan) yang menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri MPB di Kuala Lumpur hari ini. FOTO Aswadi Alias.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2023 @ 6:34 PM
 Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid bersama tetamu di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) di Hotel Hilton Kuala Lumpur. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN