JEMAAH haji mengaminkan doa ketika majlis mengucapkan selamat jalan yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada lebih 400 jemaah haji Malaysia. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Suraya Roslan

JEMAAH haji diminta mendoakan kesejahteraan dan keamanan negara sentiasa mendapat lindungan Allah SWT.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menitipkan doa itu buat seluruh jemaah haji Malaysia yang mengerjakan rukun Islam kelima tahun ini.

"Jangan lupa mendoakan negara Malaysia tercinta sentiasa diberi rahmat dan lindungan oleh Allah SWT.

"Semoga Malaysia sentiasa disanjung tinggi oleh semua pihak dan berjaya," katanya ketika berucap pada majlis selamat jalan kepada kumpulan kedua jemaah haji di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Petaling Jaya, hari ini.

Seramai 420 jemaah haji kumpulan kedua akan berlepas 9.30 malam ini menggunakan penerbangan Flynas XY01B.

Menurutnya, dia berharap jemaah haji dari Malaysia dapat mengekalkan imej negara sebagai jemaah paling baik dan berakhlak tinggi.

"Walaupun pelbagai keistimewaan diperoleh Malaysia dari kerajaan Arab Saudi, namun hakikatnya ia datang daripada akhlak yang ditunjukkan oleh jemaah haji Malaysia sebelum ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Julai 2017 @ 9:01 PM